THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, Friday, 8 May 2026 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated as an observer in this year's Exercise BALIKATAN from 02 until 08 May 2026 at the Republic of the Philippines. Representing RBAF was Lieutenant Colonel (Air) Haji Muhammad Rahimin bin Haji Ismail, Staff Officer Joint Air Operations, Joint Force RBAF. This exercise is a premier annual bilateral training event between the Armed Forces of the Philippines and the United States Indo-Pacific Command aimed at enhancing interoperability, readiness, and regional security cooperation.
Also participating in the exercise were military forces from allied and partner nations, reflecting the growing importance of multilateral defence collaboration in addressing shared security challenges in the region. Additionally, several countries participated as observers, including Brunei Darussalam, Cambodia, the Czech Republic, Denmark, Germany, India, Indonesia, Italy, the Republic of Korea, Lithuania, Malaysia, Poland, Singapore, Spain, Sweden, Thailand, and Vietnam.
During the programme, observers witnessed key training activities, including the coastal defence exercise and the Joint Task Force Maritime Strike (Marstrike) demonstration conducted at the Paoay Sand Dunes, Ilacos Norte. These activities showcased integrated joint operations and highlighted the participating forces' capabilities in maritime security and coordinated strike operations.
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI EKSESAIS BALIKATAN 41-2026 INTERNATIONAL OBSERVERS' PROGRAM (IOP)
REPUBLIK FILIPINA, Jumaat, 8 Mei 2026 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai sebagai pemerhati dalam Eksesais BALIKATAN pada tahun ini yang berlangsung dari 02 hingga 08 Mei 2026 di Republik Filipina. Perwakilan daripada ABDB ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Muhammad Rahimin bin Haji Ismail, Pegawai Turus Operasi Udara Bersama, Angkatan Bersama ABDB. Eksesais ini merupakan eksesais ketenteraan tahunan dua hala diantara Angkatan Tentera Filipina dan the United States Indo-Pacific Command bertujuan untuk meningkatkan interoperabiliti, kesiapsiagaan serta kerjasama keselamatan serantau.
Turut mengambil bahagian dalam eksesais ini ialah angkatan tentera dari negara-negara sekutu dan rakan strategik, mencerminkan kepentingan yang semakin meningkat terhadap kerjasama pertahanan pelbagai hala dalam menangani cabaran keselamatan bersama di rantau ini. Selain itu, beberapa negara turut menyertai sebagai pemerhati, termasuk Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Republik Czech, Denmark, Jerman, India, Indonesia, Itali, Republik Korea, Lithuania, Malaysia, Poland, Singapura, Sepanyol, Sweden, Thailand dan Vietnam.
Sepanjang program tersebut, para pemerhati berpeluang menyaksikan aktiviti eksesais utama, termasuk eksesais pertahanan pesisir pantai serta demonstrasi the Joint Task Force Maritime Strike (Marstrike) yang dilaksanakan di Paoay Sand Dunes, Ilocos Norte. Aktiviti-aktiviti ini menunjukkan operasi bersama bersepadu serta memperlihatkan keupayaan pasukan yang terlibat dalam keselamatan maritim dan koordinasi operasi serangan.




